Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

Ayam & Lamb Bakar

Di hari raya, salah satu menu wajib semasa open house rumah kami adalah ayam & lamb bbq. Oleh kerana tahun ni berkemungkinan besar tak ada open house, maka jom tengok resipi ayam & lamb bakar. Moga-moga kalau rumah kami tak jadi buat open house, maka korang boleh guna resipi ni untuk open house rumah korang pulak. :P Oh, and btw takde amount yang sebenar bukan kerana saya merahsiakan resipi ni, tapi sebab selalu bila perap ayam or lamb memang selalu main budget-budget ikut naluri sendiri, so korang pun pandai-pandai sendiri lah ye? Hehe~




INGREDIENTS
Bawang besar
Halia
Serai
Garam
Cili Sos
Tomato Sos
Kicap
Lada Hitam
Madu
*semua adalah secukup rasa


DIRECTIONS

  1. Basuh ayam & lamb sehingga bersih
  2. Masukkan segala jenis bahan di atas mengikut citarasa anda. Yang mana perlu blend silalah di blend.
  3. Tuangkan bahan-bahan di atas ayam & lamb dan perap selama 30min atau beberapa jam.
  4. Bakar dan sedia untuk dimakan.

Silalah mencuba!


Regards,

Friday, April 30, 2010

Homemade Beer Battered Fish & Chips Recipes

Ini adalah resipi pertama yang saya pilih untuk dikongsi di dalam blog ini. Walaupun saya pernah publish resipi ini kat my other blog, tapi since this blog adalah tempat pengumpulan resipi-resipi yang telah saya cuba maka saya dengan ini mengepost kembali resipi ini. So, terimalah dengan hati yang terbuka. *wink*

Ni resipi daripada Jamie Oliver yang saya ambil dari blog Lady Verde. Sebab senang sangat nak buat dan sangat sedap, maka saya pun ingin berkongsi resipi dengan korang semua memandangkan saya pun dah lama tak main masak-masak ni. :P Resipi asalnya guna beer, tapi Lady Verde dah jumpe pengganti beer yakni Soda Water, tapi saya yang malas pergi cari soda water, so saya pun gantikan dengan bicarbonate of soda. So, ikutlah yang mana korang nak.


Homemade Beer Battered Fish & Chips


INGREDIENTS
3-4 keping fish fillet segar (saya guna ikan dory)
1 cawan tepung
1/4 sudu kecil bicarbonate of soda
3/4 cawan air
1 biji telur
Salt & Pepper

PREPARATION
  1. Campurkan Tepung, bicarbonate of soda, air, dan salt & pepper.
  2. Asingkan telur putih dan telur kuning.
  3. Telur kuning dimasukkan ke dalam campuran tepung dan dipukul sehingga rata.
  4. Di dalam bekas yang berasingan, pukul putih telur sehingga gebu-segebu-gebunya sampai bila terbalikkan bekas tu telur putih tu takkan jatuh.
  5. Masukkan telur putih ke dalam campuran tepung dan kacau sehingga rata.
  6. Celupkan kepingan-kepingan ikan ke dalam campuran tepung.
  7. Goreng di dalam minyak yang panas selama 5-7 minit.
  8. Hidangkan bersama kentang goreng or apa-apa mengikut nafsu makan korang.

Senang kan? Yang bicarbonate of soda or soda water or beer tuh untuk buat dia jadi rangup and seriously memang menjadi. Tak rugi pun try. Oh, lagi best kalau perahkan lemon masa makan. Yummy!

Silalah mencuba!


Regards,
Related Posts with Thumbnails