Friday, April 30, 2010

Biskut Mazola

Walaupun Raya lambat lagi, rasanya tak salah kalau saya nak berkongsi resipi kuih raya, kan? :P Biskut Mazola ni adalah salah satu biskut kegemaran saya sejak dari kecil. Tapi sekarang ni susah jugak nak jumpa biskut ni time raya so jalan yang terbaik adalah; buat sendiri. Buatnya senang je tapi proses penyimpanan agak susah sebab biskut ni cepat pecah. Kena handle with care. :P So, cubalah.

Ish, tetiba rasa nak makan sekarang jugak!


INGREDIENTS
3/4 cawan gula halus
1 cawan self raising flour
1 cawan kacang tanah 
Minyak Mazola secukup rasa
Kuning telur sebagai hiasan

PREPARATION
  1. Goreng kacang tanah di dalam kuali tanpa minyak sehingga masak.
  2. Guna blender kering untuk mengisar kacang tanah.
  3. Campurkan kacang tanah bersama gula, dan tepung. 
  4. Masukkan minyak mazola dan gaul. (Agak-agak macam tak cukup minyak, tambah minyak. Kalau rasa macam dah sebati, cukuplah tu.)
  5. Gunakan kreativiti anda untuk membentuk kuih.
  6. Sapu kuning telur dan letakkan kacang tanah sebagai hiasan.

Untuk resipi ni kena main agak-agak sendiri. Nak bagitau pun susah. Hehe~ Kena ikut texture tepung tu. Takpe, kalau cuba dua tiga kali nanti pandailah tu. Banyak masa nak cuba sebab raya kan lambat lagi. Tu sebab saya bagi resipi ni awal-awal. :P


Selamat mencuba!


Regards,

2 comments:

KuraKura said...

alaaa.. tak mau ahh main masak2 sendiri.. u buatkan lah.. pastu i jadi tukang tempah.. auumm auumm. puasa kan dah nak dekat.. bez nih.. biskut ala2 kacang

Aimi Zubir said...

bukan ala-ala, memang biskut kacang pun. hehe. biskut ni cepat pecah, takut nnt bila nak kasi orang dah tak rupa biskut. haha.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails