Thursday, May 13, 2010

Ayam Masak Merah

Kali ni jom belajar cara-cara memasak Ayam Masak Merah. Bukan sebarangan Ayam Masak Merah tetapi Ayam Masak Merah ala-ala kenduri. Selalu saya tertanya-tanya, kenapa Ayam Masak Merah yang kita masak di rumah tak sama rasa macam di kenduri, rupa-rupanya ada rahsia di sebalik rasa itu iaitu; Buah keras  dan santan. Tak percaya? Cuba sendiri;

INGREDIENTS
1 ekor ayam (digereng)
Tomato puri
Cili boh / Cili kering (dikisar)
Bawang besar (2-3 biji)
Bawang putih (Suku labu)
Halia
Serai (3-5 batang)
Buah keras (3-4 biji)
Santan / Susu Carnation (Setengah tin)
Jintan putih
Garam & Gula secukup rasa
Sos cili

PREPARATIONS
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai dan buah keras.
  2. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan sedikit jintan putih.
  3. Masukkan cili boh atau cili kering yang telah dikisar. Masukkan gula sedikit dan tumis sehingga garing.
  4. Masukkan kira-kira setengah tin susu atau santan. Tunggu sehingga menggelegak. masukkan garam dan sos cili secukup rasa.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan bawang yang dimayang. Tunggu sehingga pecah minyak dan tutup api. 
  6. Sedia untuk dimakan!
Gambar terpaksa di"Google" sebab hari tu tak sempat nak tangkap gambar. Next time saya replace gambar. Janji!


TIPS!
Buah keras adalah untuk memekatkan masakan.


Selamat Mencuba!


Regards,

2 comments:

KuraKura said...

sakit mata betol tengok makanan2 kat sini.. pedih hati woohhh.. kalau ganti santan ngan yogurt boleh tak? i mana leh makan santn.. kunuuunnnn..

Aimi Zubir said...

Eh, memang le boleh. kadang2 pun i gune susu cair. tak elok makan santan ni. kunun jugak. hahahahaha

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails