Showing posts with label Cheese. Show all posts
Showing posts with label Cheese. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Strawberry Cheesecake

Selain coklat, cheese adalah salah satu benda yang susaah untuk ditolak. Oklah, at least for me and my sisters. Di suatu hari yang hening, terciptalah sejarah di mana sebiji cheesecake dibuat untuk hidangan berbuka puasa. Walaupun ini adalah first time membuat cheeesecake tapi seriously rupanya taklah susah mana pun. Jadi, silalh mencuba ye wahai semua. :P Mungkin boleh dihidang di hari raya untuk tetamu-tetamu yang hadir.



INGREDIENTS
Untuk base
10 pcs Mcvitie's Digestive biscuit
1/4 cup sugar
1/4 cup melted butter or margarine

Untuk filling
8oz cream cheese
2 eggs
Vanilla essence
1/2 cup sugar
Lemon

Paling penting
1 tin (5oz) strawberry filling (boleh didapati di kedai-kedai menjual bahan kuih & kek)

DIRECTIONS
  1. Dengan menggunakan blender kering, blend kesemua biskut sehingga halus. (Kalau taknak halus, cuma pecah-pecahkan sehingga rasa suka. Boleh tambahkan biskut or kurangkan biskut ikut ketebalan base yang anda suka)
  2. Campurkan biscuit crumb, gula dan butter sehingga sebati.
  3. Tekankan campuran tadi di dalam loyang 9 inci shingga padat.
  4. Letakkan 1/3 daripada strawberry filling di atas base yang sudah mampat tadi.
  5. Untuk filling; Pukul kesemua bahan (cream cheese, telur, sedikit vanila, gula dan sedikit perahan lemon) sehingga kembang dan sebati.
  6. Tuangkan filling di atas strawbeery filling.
  7. Bakar pada 180 degree celcius selama 20-25 minit atau sehingga masak. Sejukkan pada suhu bilik.
  8. Apabila sudah sejuk, taruh lebihan 2/3 strawberry filling di atas kek.
  9. Sejukkan di dalam peti ais dan letak whipping cream sekiranya mahu lebih gemuk.
  10. Sedia untuk dimakan.


Selamat Mencuba!


Regards,

Sunday, May 23, 2010

Blueberry Cheese Tart

Kali ni, jom belajar buat Blueberry Cheesetart. Tapi kali ini saya akan ajar cara yang ekspress iaitu tak payah nak buat tart shell dia, sebab beli je yang dah siap. Cuma buat bancuhan cheese dia dan siap! Oklah, kepada mereka yang mahu belajar buat shell dia sila klik sini. Buat shell dia agak leceh dan memandangkan bila pergi kedai kek semalam ada yang ready-made dan harganya pun dalam 40sen je satu, so apa lagi? Pucuk dicita ulam mendatanglah. Lagipun boleh menjimatkan masa, kan? dan ini adalah shellnya;

RM11.90 for a pack of 30

INGREDIENTS
250g Cream Cheese
50g Gula Icing
20g mentega
1/2tbsp perahan lemon
1biji telur
Blueberry pie filling
Mentega dan gula icing yang ditimbang


PREPARATIONS
  1. Pukul cream cheese, mentega, dan gula icing.
  2. Masukkan telur, dan perahan lemon. Pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan cheese filling itu ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam tart shell
  4. Hiaskan Bluberry dan letakkan di atas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 180 degree celcius selama 10 minit atau sehingga nampak kering

Cream cheese, mentega dan gula icing

Pipekan ke dalam tart shell yang sudah tersedia

Sebelum dan selepas dibakar


Selamat Mencuba!


Regards,
Related Posts with Thumbnails