Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Friday, June 18, 2010

Nasi Ayam




INGREDIENTS
(Untuk nasi)
Beras
Daun pandan
Sedikit kunyit serbuk

(Untuk Sup)
Sup Bunjut Adabi
Ubi Kentang
Daun Sup
Daun Bawang

(Untuk Ayam)
Kicap
Sos Tiram
Sos Tomato
Sos Cili
Pepper
Garam
Madu

(Untuk Sos)
Cili merah
Bawang Putih
Gula

PREPARATIONS
  1. Rebus ayam dengan Sup Bunjut Adabi sehingga empuk.
  2. Masak nasi seperti biasa tetapi gantikan air dengan sup rebusan ayam dan tambahkan sedikit garam, kunyit serbuk (jika mahu nasi berwarna kuning), dan daun pandan (untuk wangi).
  3. Ayam yang telah direbus ditoskan supaya tidak berair. Perap ayam dengan sos cili, sos tomato, sos tiram, pepper, sedikit garam, dan madu. Letak secukup rasa dan mengikut naluri tukang masak anda. 
  4. Goreng/bakar ayam yang telah diperap.
  5. Untuk Sup, guna air rebusan ayam itu. Masukkan ubi kentang yang telah dipotong wedges. Masukkan daun sup dan daun bawang apabila ubi kentang sudah empuk.
  6. Untuk sos, ambil sedikit air rebusan ayam. Blend cili merah, bawang putih dan gula bersama air rebusan. Kalau mahukan cili yang kasar, tumbuk cili bersama bawang putih.
  7. Untuk kicap, ambil sedikit air rebusan dan tambah kicap. Tambah sedikit sedikit sos untuk lebih pekat.

Dah siap. :P Ini cuma satu resipi Nasi Ayam. Banyak cara Nasi Ayam yang sedap boleh dibuat. Mungkin akan dikongsi suatu hari nanti. Till then,


Selamat Mencuba!


Regards,

Wednesday, May 26, 2010

Nasi Goreng Cili Padi



INGREDIENTS
Nasi putih
Isi Ayam
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Sayur campur (atau sayur lain mengikut citarasa)
Belacan
Secubit Garam
Telur
Sosej dan ikan bilis sebagai hiasan

PREPARATIONS
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, dan belacan. Tumiskan.
  2. Apabila hampir garing masukkan isi-isi ayam yang sudah dipotong.
  3. Bila sudah garing, pecahkan telur. Kemudian masukkan nasi dan kacau.
  4. Letakkan garam. dan letakkan sayur dan kacau sehingga sebati.
  5. Hidangkan bersama ikan bilis goreng dan sosej.

Notes: Senang je buat masakan melayu ni. Agak-agak je berapa banyak nak guna bahan-bahan. Saya ada banyak resipi Nasi Goreng. Semuanya simple-simple dan sangat senang. 


Selamat Mencuba!


Regards,
Related Posts with Thumbnails