Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Biskut Sarang Semut

All time favourite. Sangat sedap dan sangat senang nak buat yet digilai ramai. Ingat masa kecik-kecik dulu makan biskut sarang semut ni and always wander why kuih ni dinamakan sarang semut. Mungkin sebab kuih  ni menyerupai sarang semut or mungkin juga kuih ni manis sehingga boleh dijadikan tempat semut bersarang. Hehe. Resipi diberi oleh Kak Zai, jadi cubalah! Btw, thanks akak. Ada resipi lain, sharelah lagi. *wink*



INGREDIENTS
6 oz mentega
4 oz icing sugar
6 oz tepung gandum
4 oz tepung custard
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu vanilla
secukup chocolate rice
secukup paper cup

DIRECTIONS

  1. Pukul gula dan mentega, kemudian masukkan tepung dan uli hingga sebati.
  2. Parutkan adunan ini dan masukkan kedalam paper cup.
  3. Taburkan chocolate rice diatasnya.
  4. Bakar 150 degree 10 mins.

Selamat Mencuba!


Regards,

Thursday, August 19, 2010

Tips: Cara Melukis Batik di Shortbread Marble

Kesinambungan daripada entri ini, ada jugak yang teringin nak buat Shortbread sebab katanya sangat senang. dan memang senang pun. Dan oleh kerana beliau duduk jauh di Bumi Kenyalang yang tidak mempunyai kedai menjual peralatan membuat biskut yang mencukupi, maka accessories membuat Shortbread terpaksa diimport dari Semenanjung dan beliau sangat tak sabar-sabar untuk membuat Shortbread. Jadi Kak Zai, entri ini didedicated unntuk akak seperti yang dijanjikan. :P 

Selepas menuang coklat ke atas biskut yang telah dibakar, dan setelah memasukkan coklat putih yang cair ke dalam piping bag, ini yang perlu dilakukan. Oh, sebelum tu potong hujung piping bag tu ye Kak Zai, tapi jangan besar sangat lubangnya, pastikan kecik je lubangnya. Jadi, mulakan dengan melukis garis-garis lurus di atas coklat hitam macam gambar di bawah ni;



Kemudian, dengan menggunakan lidi, tarik satu line dari kiri ke kanan. Line yang dibuat dengan menggunakan lidi adalah perpendicular dengan line yang dilukis tadi. Line guna lidi ni sepatutnya dibuat secara berselang seli. Let say, mula-mula tarik dari kiri ke kanan. then untuk line yang kedua, tarik dari kanan ke kiri pulak. Kalau tak faham sila refer gambar di bawah dan cuba fahamkan sendiri ye? *wink*


Itu jelah stepnya sebelum memasukkan pemotong kembali ke dalam acuan. Susah nak faham je, tapi caranya senang je. Cubalah. :P

Harap-harap dapat membantu. Ilmu tu kan pinjaman, jadi apa salahnya berkongsi, kan?



Regards,

Sunday, August 8, 2010

Soft Cookies

If you craving for something big, fat and chewy, then this is for you! :P

Soft cookies


Oleh kerana Najwa Az kepingin nak makan soft cookies dan saya sangat kepingin nak membuat kuih sempena kehadiran Ramadhan, maka sesi pembuatan soft cookies ni pun bermula. Resipi asal adalah dari All Recipes tetapi disesuaikan dengan bahan-bahan yang ada dan hasilnya sangatlah memuaskan. Jadi, jom tengok bahan-bahan yang diperlukan;

INGREDIENTS:
2 cups all purpose flour
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
3/4 cup unsalted butter, melted
1 cup brown sugar
1/2 cup white sugar (boleh kurangkan jika mau)
1 tablespoon vanilla extract
1 egg
1 egg yolk
2 cups semisweet chocolate chips (since I only have 1 cups then i just used 1 cup, but I think it's enough)

DIRECTIONS:
  1. Panaskan oven, 180 degree celcius. 
  2. Ayak tepung, baking soda and salt. Letak tepi.
  3. Di dalam mangkuk yang lain, pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan egg yolk dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan campuran tepung yang telah diayak dan juga coklat chip. Kacau sehingga sebati.
  4. Bentuk doh menjadi bulat. Pastikan bulatan agak besar (sebesar telur penyu lebih kurang) dan susun di atas dulang pembakar. pastikan jarak di antara doh adalah jauh. 
  5. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit. 
  6. Siap untuk dimakan!

Selamat Mencuba!


Regards,

Friday, April 30, 2010

Biskut Mazola

Walaupun Raya lambat lagi, rasanya tak salah kalau saya nak berkongsi resipi kuih raya, kan? :P Biskut Mazola ni adalah salah satu biskut kegemaran saya sejak dari kecil. Tapi sekarang ni susah jugak nak jumpa biskut ni time raya so jalan yang terbaik adalah; buat sendiri. Buatnya senang je tapi proses penyimpanan agak susah sebab biskut ni cepat pecah. Kena handle with care. :P So, cubalah.

Ish, tetiba rasa nak makan sekarang jugak!


INGREDIENTS
3/4 cawan gula halus
1 cawan self raising flour
1 cawan kacang tanah 
Minyak Mazola secukup rasa
Kuning telur sebagai hiasan

PREPARATION
  1. Goreng kacang tanah di dalam kuali tanpa minyak sehingga masak.
  2. Guna blender kering untuk mengisar kacang tanah.
  3. Campurkan kacang tanah bersama gula, dan tepung. 
  4. Masukkan minyak mazola dan gaul. (Agak-agak macam tak cukup minyak, tambah minyak. Kalau rasa macam dah sebati, cukuplah tu.)
  5. Gunakan kreativiti anda untuk membentuk kuih.
  6. Sapu kuning telur dan letakkan kacang tanah sebagai hiasan.

Untuk resipi ni kena main agak-agak sendiri. Nak bagitau pun susah. Hehe~ Kena ikut texture tepung tu. Takpe, kalau cuba dua tiga kali nanti pandailah tu. Banyak masa nak cuba sebab raya kan lambat lagi. Tu sebab saya bagi resipi ni awal-awal. :P


Selamat mencuba!


Regards,
Related Posts with Thumbnails