Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

Ayam & Lamb Bakar

Di hari raya, salah satu menu wajib semasa open house rumah kami adalah ayam & lamb bbq. Oleh kerana tahun ni berkemungkinan besar tak ada open house, maka jom tengok resipi ayam & lamb bakar. Moga-moga kalau rumah kami tak jadi buat open house, maka korang boleh guna resipi ni untuk open house rumah korang pulak. :P Oh, and btw takde amount yang sebenar bukan kerana saya merahsiakan resipi ni, tapi sebab selalu bila perap ayam or lamb memang selalu main budget-budget ikut naluri sendiri, so korang pun pandai-pandai sendiri lah ye? Hehe~




INGREDIENTS
Bawang besar
Halia
Serai
Garam
Cili Sos
Tomato Sos
Kicap
Lada Hitam
Madu
*semua adalah secukup rasa


DIRECTIONS

  1. Basuh ayam & lamb sehingga bersih
  2. Masukkan segala jenis bahan di atas mengikut citarasa anda. Yang mana perlu blend silalah di blend.
  3. Tuangkan bahan-bahan di atas ayam & lamb dan perap selama 30min atau beberapa jam.
  4. Bakar dan sedia untuk dimakan.

Silalah mencuba!


Regards,

Friday, June 18, 2010

Nasi Ayam




INGREDIENTS
(Untuk nasi)
Beras
Daun pandan
Sedikit kunyit serbuk

(Untuk Sup)
Sup Bunjut Adabi
Ubi Kentang
Daun Sup
Daun Bawang

(Untuk Ayam)
Kicap
Sos Tiram
Sos Tomato
Sos Cili
Pepper
Garam
Madu

(Untuk Sos)
Cili merah
Bawang Putih
Gula

PREPARATIONS
  1. Rebus ayam dengan Sup Bunjut Adabi sehingga empuk.
  2. Masak nasi seperti biasa tetapi gantikan air dengan sup rebusan ayam dan tambahkan sedikit garam, kunyit serbuk (jika mahu nasi berwarna kuning), dan daun pandan (untuk wangi).
  3. Ayam yang telah direbus ditoskan supaya tidak berair. Perap ayam dengan sos cili, sos tomato, sos tiram, pepper, sedikit garam, dan madu. Letak secukup rasa dan mengikut naluri tukang masak anda. 
  4. Goreng/bakar ayam yang telah diperap.
  5. Untuk Sup, guna air rebusan ayam itu. Masukkan ubi kentang yang telah dipotong wedges. Masukkan daun sup dan daun bawang apabila ubi kentang sudah empuk.
  6. Untuk sos, ambil sedikit air rebusan ayam. Blend cili merah, bawang putih dan gula bersama air rebusan. Kalau mahukan cili yang kasar, tumbuk cili bersama bawang putih.
  7. Untuk kicap, ambil sedikit air rebusan dan tambah kicap. Tambah sedikit sedikit sos untuk lebih pekat.

Dah siap. :P Ini cuma satu resipi Nasi Ayam. Banyak cara Nasi Ayam yang sedap boleh dibuat. Mungkin akan dikongsi suatu hari nanti. Till then,


Selamat Mencuba!


Regards,

Thursday, May 13, 2010

Ayam Masak Merah

Kali ni jom belajar cara-cara memasak Ayam Masak Merah. Bukan sebarangan Ayam Masak Merah tetapi Ayam Masak Merah ala-ala kenduri. Selalu saya tertanya-tanya, kenapa Ayam Masak Merah yang kita masak di rumah tak sama rasa macam di kenduri, rupa-rupanya ada rahsia di sebalik rasa itu iaitu; Buah keras  dan santan. Tak percaya? Cuba sendiri;

INGREDIENTS
1 ekor ayam (digereng)
Tomato puri
Cili boh / Cili kering (dikisar)
Bawang besar (2-3 biji)
Bawang putih (Suku labu)
Halia
Serai (3-5 batang)
Buah keras (3-4 biji)
Santan / Susu Carnation (Setengah tin)
Jintan putih
Garam & Gula secukup rasa
Sos cili

PREPARATIONS
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai dan buah keras.
  2. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan sedikit jintan putih.
  3. Masukkan cili boh atau cili kering yang telah dikisar. Masukkan gula sedikit dan tumis sehingga garing.
  4. Masukkan kira-kira setengah tin susu atau santan. Tunggu sehingga menggelegak. masukkan garam dan sos cili secukup rasa.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan bawang yang dimayang. Tunggu sehingga pecah minyak dan tutup api. 
  6. Sedia untuk dimakan!
Gambar terpaksa di"Google" sebab hari tu tak sempat nak tangkap gambar. Next time saya replace gambar. Janji!


TIPS!
Buah keras adalah untuk memekatkan masakan.


Selamat Mencuba!


Regards,

Sunday, May 2, 2010

Kebab Ayam with Garlic Roti Pita

Di suatu pagi yang hening, saya terasa bosan dengan breakfast saya setiap hari. Tengok kat dalam peti ais ada isi ayam. Apa lagi, mulalah memikir-mikir resipi yang sesuai maka terciptalah breakfast yang sungguh enak lagi mengenyangkan ni; Kebab Ayam with Garlic Roti Pita.

Saya memang sengaja menggaringkan roti tu, bukannya sebab hangit. Ngehngeh~


INGREDIENTS
Roti pita
Garlic spread
Isi Ayam
Sos Cili
Sos Tomato
Kicap
Mayonis
Pepper
Salad
Timun
Tomato (jika mau)
Halia
Bawang merah/Bawang besar

PREPARATION
  1. Sapu garlic spread pada roti pita dan panaskan di atas kuali. 
  2. Cincang bawang dan halia. Tumis sehingga agak garing.
  3. Masukkan isi ayam yang sudah dipotong kecil.
  4. Tunggu sehingga ayam masak, kemudian masukkan sos cili, sos tomato, kicap, mayonis dan pepper secukup rasa. Tutup api.
  5. Masukkan salad, timun dan tomato ke dalam roti pita. Kemudian masukkan masakan ayam tadi ke dalam roti pita.
  6. Sudah sedia untuk dimakan.


Regards,
Related Posts with Thumbnails