Wednesday, July 21, 2010

Shortbread Marble

Memandangkan bulan puasa yang bakal menjelma mestilah ramai yang sedang mencari-cari resipi biskut raya samada untuk berjual mahupun untuk dimakan. Jadi, jom kita kongsi resipi kuih-kuih raya yang sentiasa menjadi idaman kalbu.

Resipi Shortbread Marble ni pernah saya kongsi di blog ini. Ini adalah salah satu kuih kegemaran semasa zaman belajar. Dan gambar-gambar ini diambil daripada percubaan pertama membuat Shortbread, jadi hasil batik yang dilukis agak buruk sebab masih tak tahu teknik. tapi, bila dah tau teknik sangat senang tapi disebabkan tak jumpa gambar yang menjadi maka tips melukis batik di atas shortbread akan diberikan nanti. :P Inilah resipi Shortbread Marble yang sangat sedap tu;


INGREDIENTS

Untuk base biskut (Untuk loyang 10" x 10")
  • 150g tepung gandum
  • 50g gula kastor
  • 50g serbuk badam
  • 125g butter
  • 50g susu tepung
Untuk topping
  • 200g coklat
  • 75g coklat putih


DIRECTIONS

  1. Gaul semua bahan untuk base. Adunan akan jadi cam serbuk dan peroi2 gitu.
  2. Masuk adunan dalam acuan. Tekan sampai padat dan rata. Cucuk dengan garfu.
  3. Tekan alat pemotong ke dalam adunan dan bakar pada suhu 180 degree celcius selama 15minit.
  4. Apabila biskut dah masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan biskut sejuk.
  5. Gunakan alat pemotong untuk membuka laluan kepada coklat.
  6. Cairkan coklat dan tuang coklat ke atas biskut.
  7. Cairkan coklat putih masukkan ke dalam piping bag dan start menconteng.
  8. Masukkan kembali alat pemotong ke dalam biskut. Masukkan biskut ke dalam peti ais selama 10 minit.
  9. Keluarkan alat pemotong dan Shortbread sudah sedia untuk dimakan. :P



Regards,

2 comments:

Unknown said...

Base dia rangup ker lembut dik..dan kalu nak buat 2 adunan cuma gandakan yea...

red gl0win' heart said...

Sy share resepinya yer..tq

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails