Sunday, May 23, 2010

Blueberry Cheese Tart

Kali ni, jom belajar buat Blueberry Cheesetart. Tapi kali ini saya akan ajar cara yang ekspress iaitu tak payah nak buat tart shell dia, sebab beli je yang dah siap. Cuma buat bancuhan cheese dia dan siap! Oklah, kepada mereka yang mahu belajar buat shell dia sila klik sini. Buat shell dia agak leceh dan memandangkan bila pergi kedai kek semalam ada yang ready-made dan harganya pun dalam 40sen je satu, so apa lagi? Pucuk dicita ulam mendatanglah. Lagipun boleh menjimatkan masa, kan? dan ini adalah shellnya;

RM11.90 for a pack of 30

INGREDIENTS
250g Cream Cheese
50g Gula Icing
20g mentega
1/2tbsp perahan lemon
1biji telur
Blueberry pie filling
Mentega dan gula icing yang ditimbang


PREPARATIONS
  1. Pukul cream cheese, mentega, dan gula icing.
  2. Masukkan telur, dan perahan lemon. Pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan cheese filling itu ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam tart shell
  4. Hiaskan Bluberry dan letakkan di atas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 180 degree celcius selama 10 minit atau sehingga nampak kering

Cream cheese, mentega dan gula icing

Pipekan ke dalam tart shell yang sudah tersedia

Sebelum dan selepas dibakar


Selamat Mencuba!


Regards,

2 comments:

zahryanie said...

best2!! memang sedang dicari2..tapi not surelah available ke tidak tart shell itu at kuantan..

Aimi Zubir said...

Kalau tak available buat sendiri. tak susah sangat pun. :P tapi jangan buat kecil-kecil camni, leceh. Buat besar2 sikir macam jual kat Baker's Cottage tuh.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails